Monday, May 25, 2009

SOALAN EXCEL 1 (2009) JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

Arahan: Jawab empat soalan sahaja daripada mana-mana bahagian.

BAHAGIAN A

1. Faktor persekitaran telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun masyarakat prasejarah. Bincangkan.

2. Huraikan sumbangan Tamadun Mesopotamia dalam bidang agama dan kepercayaan.

3. Berdasarkan pemahaman anda tentang konsep Negeri Bangsa. Huraikan proses pembentukan dan pengukuhan Negara bangsa Sepanyol, England dan Perancis.

4. Jelaskan sistem pemerintahan Republik yang diamalkan oleh pemerintahan Rom dan ciri-cirinya.

5. Bincangkan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan cara-cara yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan tamadun awal untuk mengukuhkan ketahanan dan pertahanan masing-masing.

6. Terangkan konsep ekonomi kapitalisme dan huraikan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dari tahun 1400 M hingga 1700 M.

7. Bincangkan dasar pendidikan yang diamalkan dalam tamadun Mesir dan tamadun China.

8. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kuasa-kuasa barat melancarkan penjajahan dan penerokaan pada abad ke 15 dan 16 masihi.

BAHAGIAN B

9. Bincangkan struktur masyarakat Sepanyol pada zaman pemerintahan Islam.

10. Bincangkan kepentingan Piagam Madinah kepada masyarakat dan negara Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.

11. Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan Baginda. Bincangkan.

12. Perang Badar dan Perang Uhud merupakan peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad SAW. Huraikan faktor-faktor dan peristiwa peperangan tersebut.

13. Bincangkan sejarah dan peranan Baitul Mal dalam perkembangan ekonomi umat Islam.

14. Jelaskan fungsi zakat dalam pelaksanaannya pada zaman Bani Umayyah.

15. Huraikan bentuk pendidikan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa Baginda berada di Makkah dan di Madinah.

16. Syeikh al-Islam Ibnu Tamiyah tokoh reformasi Islam yang terkemuka. Nilaikan faktor-faktor kemunculan dan perjuangannya pada abad ke-18H.

SOALAN UJIAN BULANAN 2 (2009) SMK MADAI

Arahan: Kertas ini mengandungi 2 soalan. Jawab semua soalan.

1. Jelaskan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliah.

2. Buktikan kepimpinan yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW dalam bidang ketenteraan.

SOALAN UJIAN BULANAN 1 (2009) SMK MADAI

Arahan: Kertas ini mengandungi 2 soalan. Jawab semua soalan.

1. Bandingkan ketahanan dan pertahanan serta matlamat peperangan di Tamadun Eropah dengan Tamadun Islam.

2. Ketahanan dan pertahanan di Tamadun India bermula selepas kedatangan orang Aryan ke India dan berkembang mengikut peredaran zaman sehingga abad ke-18M. Bincangkan.